Salam Ukhuwah

My photo
Assalamualaikum... Saya guru pelatih dari IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan.. Bakal pendidik dalam bidang Bahasa Melayu..

Sunday, 8 May 2011

Klip Video Cuti-Cuti Malaysia

video

Kenal Pasti Tempat-Tempat Menarik Di Malaysia

Mari Melancong Bersama Keluarga...

Zoo Negara
 
Zoo Negara mempunyai pelbagai koleksi haiwan, dan dibuka pertama kali kepada orang ramai pada 1963.

Zoo Negara dibuka secara rasminya oleh Perdana Menteri pertama Malaysia, Tunku Abdul Rahman pada 14 November, 1963. Pada waktu itu, bayaran masuk ialah 50 sen untuk orang dewasa dan 20 sen untuk kanak-kanak.


Terdapat juga zoo malam hari pada hujung minggu. Anda boleh melihat pelbagai jenis haiwan yang hanya aktif pada malam hari.
Terdapat lebih 5137 haiwan, iaitu 459 spesies mamalia, burung, reptilia, amfibia dan ikan.

Zoo Negara merangkumi kawasan seluas 110 ekar yang terletak hanya 5 km dari Kuala Lumpur. Jangan lupa untuk bersiar-siar di sekitar zoo, atau anda boleh juga menaiki tren dan menyaksikan pelbagai aksi haiwan di sini!

Tips
Waktu pembukaan: 9 pagi - 5 petang (hari biasa), 9 pagi - 10.30 malam ( hujung minggu dan cuti umum). (Tertakluk kepada pertukaran).


Pengangkutan
LRT Putra
Ambil LRT dan turun di stesyen Wangsa Maju. Naiki teksi untuk ke Zoo Negara.

Bas
Guna bas Metrobus nombor 16 dari Pasar Seni, Kuala Lumpur. Ia akan berhenti di stesyen bas hadapan zoo.


Talian Untuk Dihubungi
Zoo Negara Malaysia Hulu Kelang, 68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan. Malaysia. Tel: 603 - 41083422/7/8 Fax: 603 - 41075375/2070

 Untuk maklumat lanjut: layari  http://www.zoonegaramalaysia.my/
  •  Melaka Bandaraya Bersejarah

Bukit St. Paul (A'Famosa)

Pihak Portugis telah menjajah Melaka dari tahun 1511 hingga 1641. Perkara pertama yang mereka lakukan ialah membina sebuah kubu berhampiran sungai yang dinamakan A'Famosa.

Kubu A'Famosa memainkan peranan yang amat penting bagi pihak Portugis bagi mengekalkan kuasa mereka di Timur Jauh ketika itu kerana Melaka adalah pusat perbalahan antara kuasa-kuasa besar dan sering diancam serangan.
Perkarangan kubu itu pada masa dahulu mengandungi rumah, tempat menyimpan makanan, istana dan tempat mesyuarat bagi Majlis Portugis dan wakil lima buah gereja.

Serangan pihak Belanda yang berterusan selama tujuh bulan lamanya hampir memusnahkan keseluruhan kubu tersebut di mana hanya gerbang pintu masuk dan bangunan gereja di atas bukit sahaja yang tinggal.


Pergilah berjalan-jalan mendaki Bukit St. Paul pada lewat petang ketika cuaca lebih nyaman dan bersiar-siar di bawah pokok-pokok besar dan melihat peninggalan sejarah yang dapat dilihat hingga hari ini.
Dapat anda bayangkan kegemilangan dan penderitaan yang melanda pihak Portugis di sini pada suatu waktu dahulu...

Tips
Anda disarankan melawat Bukit St. Paul hanya selepas pukul 3 petang, apabila bayu laut yang nyaman mula bertiup...

Pengangkutan
Jalan Kaki atau Teksi
Tidak menjadi kesukaran kepada anda untuk datang ke Bukit St. Paul dari tempat penginapan kerana ianya terletak di tengah-tengah bandar Melaka.



Talian Untuk Dihubungi
Untuk maklumat lanjut, sila hubingi Pusat Penerangan Pelancongan Melaka di talian : +606-763 5388 / 762 2388 / 762 4488


  • Pulau Langkawi

Tasik Dayang Bunting
Pulau Dayang Bunting adalah pulau kedua terbesar dalam gugusan Pulau Langkawi, dan merupakan destinasi pelancongan yang popular.

Pulau itu, yang terletak 20 kilometer dari pekan Kuah mendapat nama dari suatu legenda yang terkenal di sini.
Legenda Tasik Dayang Bunting dikatakan sebuah tempat pemandian kegemaran seorang puteri dari kayangan bernama Mambang Sari. Dia diberi julukan sebagai Tasik Dayang Bunting.
Menurut cerita, seorang putera raja, Mat Teja, jatuh cinta dengannya dan menipu puteri itu untuk mengahwininya. Mereka dikurniakan seorang anak, yang kemudiannya meninggal dunia setelah tujuh hari akibat penyakit misteri.
Disebabkan terlalu sedih, Mambang Sari meletakkan mayat anaknya ke dalam tasik itu dan kembali semula ke dunia kayangan.
Sehingga ke hari ini, ada yang masih percaya wanita yang sukar mendapat anak, jika mandi dalam tasik itu akan dikurniakan anak. Ada yang turut mengakui kebenaran hal ini.
Tips
Tasik Dayang Bunting merupakan tasik air tawar terbesar yang terdapat di Langkawi. Pembentukan batu-bata di salah satu sisi tasik itu kelihatan seperti seorang wanita mengandung yang sedang baring.
Pengangkutan
Bot
Dari jeti Kuah atau Pantai Cenang, anda boleh menyewa bot untuk ke Pulau Dayang Bunting. Ia memakan masa 15 minit.
Talian Untuk Dihubungi
Hubungi Pusat Maklumat Pelancongan Langkawi: +604-966 7789 atau +604-955 7155.
Penginapan
Pulau Langkawi menawarkan pelbagai pilihan penginapan untuk para pengunjung.
Pulau Dayang Bunting adalah pulau kedua terbesar dalam gugusan Pulau Langkawi, dan merupakan destinasi pelancongan yang popular.
Pulau itu, yang terletak 20 kilometer dari pekan Kuah mendapat nama dari suatu legenda yang terkenal di sini.

Legenda Tasik Dayang Bunting dikatakan sebuah tempat pemandian kegemaran seorang puteri dari kayangan bernama Mambang Sari. Dia diberi julukan sebagai Tasik Dayang Bunting.

Menurut cerita, seorang putera raja, Mat Teja, jatuh cinta dengannya dan menipu puteri itu untuk mengahwininya. Mereka dikurniakan seorang anak, yang kemudiannya meninggal dunia setelah tujuh hari akibat penyakit misteri.
Disebabkan terlalu sedih, Mambang Sari meletakkan mayat anaknya ke dalam tasik itu dan kembali semula ke dunia kayangan.

Sehingga ke hari ini, ada yang masih percaya wanita yang sukar mendapat anak, jika mandi dalam tasik itu akan dikurniakan anak. Ada yang turut mengakui kebenaran hal ini.


Tips
Tasik Dayang Bunting merupakan tasik air tawar terbesar yang terdapat di Langkawi. Pembentukan batu-bata di salah satu sisi tasik itu kelihatan seperti seorang wanita mengandung yang sedang baring.

Pengangkutan
Bot
Dari jeti Kuah atau Pantai Cenang, anda boleh menyewa bot untuk ke Pulau Dayang Bunting. Ia memakan masa 15 minit.


Kereta Kabel di Gunung Mat Cincang




Ingin melihat pemandangan alam di Langkawi daripada perspektif yang berbeza? Nikmatilah pengalaman yang menyeronokkan dengan menaiki kereta kabel sehingga ke puncak Gunung Machincang, Langkawi.

Para pengunjung berpeluang melihat keindahan Lautan Andaman dan keseluruhan kepulauan Langkawi sambil menikmati pemandangan cenuram anjur dan puncak batu tinggi yang amat mengagumkan. Dengan ukuran sepanjang 919.5 m, kereta kabel Langkawi ini, telah diperakui oleh Malaysia Book of Records sebagai The Longest Free Span Single Rope Cable Car di dunia.

Ia juga merupakan di antara cerun yang tercuram di dunia, pada kecerunan 42 darjah. Di bahagian tengah dan puncak stesen pula terdapat denai laluan serta platform pemandangan bagi membolehkan para pengunjung menikmati seterusnya keindahan panorama di persekitaran.

Satu lagi ciri-ciri pembinaan dan reka bentuk yang amat luar biasa mengenai kereta kabel ini adalah jambatan gantung yang menghubungkan stesen kabel dengan banjaran Gunung Machincang. Kereta kabel Langkawi ini terletak di Oriental Village, Teluk Burau lebih kurang 30 minit dari Pekan Kuah.

Selepas mengutip pengalaman bermakna menaiki kereta kebal, para pengunjung bolehlah singgah sebentar untuk membeli ole-ole cenderamata kenangan untuk di bawa pulang. Untuk maklumat lanjut sila hubungi Panorama Langkawi Sdn Bhd di talian 04-9594225.

Waktu Operasi Isnin – Khamis : 10 pagi- 6 petang Jumaat- Ahad : 9.30 pagi - 7 petang Rabu : 12 tengah hari - 6.00 petang Harga Tiket : Dewasa - RM15 (Malaysia) RM28 (Warga asing) Kanak-kanak – RM10